Tuesday, June 10, 2008

TIADA YANG MURAH LAGI

Rata-rata orang mengeluh perihal gelombang inflasi yang kian mengganas. Beras yang melambung harganya, petrol dan diesel yang naik harga dalam kadar yang tertinggi dalam sejarah negara. Ini tentunya menghimpit sekelian rakyat. Keperitan ini tentulah lebih terasa kepada golongan yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Kerajaan memberi alasan bahawa kenaikan yang terpaksa dikenakan kerana kerajaan tidak mampu lagi menanggung beban subsidi dek kerana kenaikan harga barangan bahanapi yang melampau dalam pasaran global. Fenomena itu benar-benar memeritkan.

Teringat teman seseketika dahulu di Pekan bernama Kuale. Ada hamba Allah yang ditakdirkan `gelong' separuh tiang. Kerjanya meminta-minta barang sekupang dua kepada siapa sahaja yang dirasakan boleh diminta. Lalu dia dipanggil `Mat Sekupang'. Mat Sekupang kini entah kemana, mungkin telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mungkin juga telah sakit lalu tidak berupaya lagi menjalankan aktiviti `Mat Sekupang'nya. Atau mungkin juga telah pergi menemui Allah azawajalla.

Perlakuan `mat sekupang' ini masih ada rupanya, tetapi oleh orang lain pula yang gelong separuh tiang. Cumanya sudah tidak kedengaran lagi `mintak sekupang wehh...' Harganya sudah naik, `minta seringgit weh... teman tak makan lagi, lapar'.

Barangkali TIADA YANG MURAH LAGI, tiada yang sekupang lagi!.... lalu Mat Sekupang sudah tidak releven lagi. Yang releven ialah Mat Seringgit. Itulah tuntutan zaman inflasi, tempiasnya juga tidak membatasi siapa jua hinggalah insan yang gelong separuh tiang....

HzY

Thursday, May 22, 2008

AS I WAS PASSING

Idea untuk membuka blog ini adalah untuk menulis secara bebas tentang apa-apa catatan yang dilalui dalam hidup. Semasa usia kanak-kanak dan remaja, banyak yang diceritakan oleh Arwah Ayahanda maupun Arwah Bonda juga mereka yang lebih tua menceritakan pengalaman mereka, mungkin untuk memperkayakan pengatahuan, maupun untuk teladan.

Ketika seusia itu, perkongsian makluman, pengalaman maupun teladan, barangkali tidak begitu dirasakan berguna dan nilainya. Kisah-kisah kepayahan zaman Jepun yang diceritakan oleh mereka terasa macam main-main saja. Gerhana 13 Mei umpama kisah-kisah arahan pengarah ternama dalam filem. kisah susahnya zaman persekolahan mereka yang menggunakan papan kalam yang menulis menggunakan kapur batu untuk menimba ilmu. Mesejnya untuk menceritakan betapa mudahnya belajar zaman saya, berbanding zaman mereka. Betapa beruntungnya saya berbanding mereka. Mesejnya menyeru saya menggunakan kesempatan atas peluang dan kenikmatan yang ada berbanding mereka.

Anak-anak zaman ini lebih beruntung dari zaman saya kanak-kanak. Pengalaman dan kepayahan zaman kita kalau hendak diceritakan kepada mereka, samalah ketika kita diceritakan oleh generasi terdahulu. Hari ini apa yang kita rasa direka-reka baru dapat dirasai nilainya.... panjangnya proses pembelajaran... panjangnya untuk appreciate `nilai' yang dikongsikan.

proses penceritaan lisan yang selalunya kurang efektif. Barangkali catatan tulisan atau dokumentasi berbentuk arkikel pendek lebih membawa kesan. Tidak hari ini mungkin dimasa-masa mendatang.

I'll fine my time... to share what I was passing through to sharing with people willing to learn. InsyaAllah.